Quote:
|
BESUT – Empat individu yang berselubung dengan kain sarung dan bersenjatakan parang menyamun kedai serbaneka di Padang Luas, Jerteh di sini awal pagi tadi Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi memberitahu Bernama keempat-empat suspek yang disyaki menaiki kereta bernombor plat palsu itu merempuh masuk ke premis tersebut dalam kejadian yang dilapor pada jam 4.40 pagi dan mengacukan parang kepada pekerjanya Mereka memaksa pekerja tersebut menyerahkan wang tunai dan rokok Kejadian itu yang menjadi viral di laman sosial sejak pagi tadi, menunjukkan para penyamun tersebut mengacukan parang di sebalik wajah mereka yang diselubung sama ada dengan kain batik atau kain pelikat |