Friday, October 14, 2016

PVATM mohon diskaun pengajian untuk pesara awal

Quote:

KUANTAN: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) memohon Universiti Terbuka Malaysia (OUM) memperluaskan pemberian diskaun pengajian 75 peratus kepada pesara tentera bersara awal iaitu sebelum berusia 60 tahun

Naib Presidennya, Kapten (B) Abdul Latiff Mohd Nor, berkata pada masa ini diskaun berkenaan hanya dinikmati mereka yang bersara ketika berusia 60 tahun dan kebanyakannya kalangan pegawai tinggi

“Mereka yang bersara awal tidak layak menikmati diskaun berkenaan dan perlu membayar jumlah penuh, ini sedikit sebanyak membantutkan hasrat untuk melanjutkan pengajian dan mengisi jawatan kosong di sektor awam

“Mereka tidak dapat memohon jawatan di sektor awam kerana sijil sepanjang perkhidmatan tentera tidak tertera dan kita anggap ini sebagai satu kerugian besar terutamanya dari segi pengalaman bekerja,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini

Abdul Latiff yang bertanggungjawab dalam portfolio kebajikan dan pendidikan, berkata pihaknya sudah menyediakan satu kertas kerja yang akan dibentangkan kepada OUM seterusnya Kementerian Pertahanan untuk tindakan lanjut

“Sekiranya OUM bersetuju memberikan diskaun berkenaan, mungkin lebih ramai pesara awal tentera mahu melanjutkan pengajian…dengan adanya sijil akademik serta pengalaman dalam bidang ketenteraan mereka mampu mengisi kekosongan di sektor awam

“Ia sekali gus dapat menjaga kebajikan mereka yang ketika bersara mungkin masih berpangkat rendah,” katanya

Beliau yang juga Yang Dipertua PVATM Pahang, berkata bakat dan pengalaman luas dalam bidang ketenteraan pada mereka juga tidak dipersia-siakan malah dapat digunakan untuk menyumbang kepada kemajuan negara

Selanjutnya di : http://ift.tt/2e2hfO2