TOKYO: Gabenor Tokyo memohon maaf semalam selepas orang ramai marah dengan tuduhan beliau berbelanja mewah membabitkan penginapan hotel sehinggalah kepada membeli baju tidur kanak-kanak.
Yoichi Masuzoe menjadi tumpuan kritikan media selepas berbelanja mewah ketika kunjungan perniagaan di luar negara, melakukan pembelian lelongan dalam talian serta menginap dalam hotel dan spa mewah.
Tokyo akan menjadi tuan rumah Sukan Olilpik musim panas 2020.
Perkembangan itu tidak banyak menjejaskan kemampuan bandar itu mengendalikan sukan terbabit, namun tindakan Masuzoe dilihat sebagai satu insiden terbaharu yang memalukan terhadap sukan yang terpalit skandal berkenaan.
Penganjur terpaksa membatalkan rekaan stadium utama yang asal kerana kos tinggi, berdepan tuduhan meniru logo sukan terbabit dan kini berdepan siasatan rasuah pendakwa Perancis membabitkan dana berjumlah AS$2 juta (RM8.31 juta).
“Saya memohon maaf kepada penduduk Tokyo dan dewan perhimpunan bandar ini,” kata Masuzoe yang kemudian tunduk pada awal ucapan dasar di dewan perundangan tempatan.
Mauzoe, 67, didakwa mencetuskan masalah besar dengan kos kunjungan luar negara yang mahal selain tuduhan menggunakan dana politik secara tidak sepatutnya. – AFP
Selanjutnya di : http://ift.tt/1VxNyWh