Remaja reput kaki akibat terlau lama bermain permainan video.
Hangzhou, China: Seorang remaja yang ketagih permainan video ditemui dengan tapak kaki berdarah dan hampir reput selepas bermain permainan berkenaan selama enam hari tanpa henti.
Remaja berusia 19 tahun itu ditemui terbaring oleh polis berhampiran landasan kereta api di bandar ini pada Rabu lalu.
Ketika ditemui remaja itu berada dalam keadaan lemah dan tapak kakinya dilihat berdarah serta hampir reput akibat dijangkiti kuman.
Remaja itu memberitahu polis, dia tidak makan selama tiga hari kerana tidak mempunyai wang dan tiada tempat untuk dituju.
Katanya, semua wangnya dihabiskan dengan bermain permainan video dalam talian di sebuah kafe Internet selama enam hari tanpa henti.
Polis kemudian membawa remaja itu ke kafeteria berdekatan untuk makan dan minum.
Berpandukan kad IDnya, polis berjaya mengesan keluarganya dan menurut bapanya, anaknya itu melarikan diri dari rumah selepas ketagih bermain permainan video.