Thursday, June 2, 2016

Lelaki saman bekas kekasih tuntut semula perbelanjaan untuk menambat hati

MOSCOW: Seorang lelaki membawa bekas teman wanitanya ke mahkamah untuk menuntut kembali AS$600 (RM2,467.47) yang dibelanjakan untuk menambat hatinya termasuk percutian di Crimea.

Wanita itu, Nina Zgurskaya memaklumkan pada awalnya hubungan mereka amat baik dengan banyak temu janji romantik dan pelbagai hadiah.

Namun, beliau memutuskan hubungan dengan lelaki itu ketika mereka bercuti di Crimea kerana beliau gagal bertanyakan soalan paling penting sebagaimana diharapkan Zgurskaya.

“Ia dibincangkan sebagai satu percutian romantik bahawa beliau akan melamar saya, ia tidak berlaku,” katanya kepada saluran televisyen Siberia CTC-Prima.

“Saya marah dan meninggalkan beliau.”

Lelaki itu dilaporkan adalah seorang peguam. – AFP

Selanjutnya di : http://ift.tt/1TS72FR