AZSHIDAH SHAH SHAHARI
KUALA LUMPUR 1 Jun – Bermula hari ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membenarkan penumpang membawa bersama basikal ke dalam gerabak komuter untuk ke destinasi dituju.
Pengurus Besar KTM Komuter, Azshidah Shah Shahari berkata, program ‘Ride n Ride’ itu melibatkan koc A dan F perkhidmatan komuter bagi memudahkan pergerakan serta tidak menganggu penumpang lain.
“Pihak kami menyedari tentang aktiviti berbasikal yang kini semakin mendapat perhatian dan menjadi trend dalam kalangan masyarakat setempat,” katanya di sini hari ini.
Program berkenaan telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ibrahim Saad.
Hiasan.
– See more at: http://ift.tt/22xgChC