Wednesday, June 1, 2016

Wanita Pakistan dibakar hidup-hidup kerana tolak lamaran


Pakistani relatives stand alongside an ambulance carrying the body of Maria Sadaqat.


Ibu kepada wanita Pakistan yang maut selepas diseksa dan dibakar hidup-hidup kerana menolak lamaran bekas majikannya tidak dapat menyembunyikan kesedihan ketika menatap wajah anaknya itu buat kali terakhir.-AFP

ISLAMABAD 1 Jun – Seorang wanita Pakistan menemui ajal selepas diseksa dan dibakar hidup-hidup hanya kerana menolak lamaran untuk berkahwin dengan anak bekas majikannya.

Mangsa, Maria Sadaqat yang berusia dalam lingkungan awal 20-an diserang bekas majikannya iaitu seorang pengetua sekolah swasta di perkampungan Upper Dewal, Murree berdekatan Islamabad.

Seorang pegawai polis, Ishtiaq Haider memberitahu, ketika kejadian, suspek turut ditemani oleh dua lelaki lain.

“Mereka menceroboh rumahnya, menyeksa dan membakar wanita itu hidup-hidup,” kata Haider.- DPA

– See more at: http://ift.tt/1TY7iRD