Saturday, June 4, 2016

Dr M: Tangan Melayu dipotong, Cina dipenjara sekejap di bawah hudud PAS

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata usul PAS mahu melaksanakan hudud hanya akan menyebabkan orang Melayu dipotong tangan, manakala orang Cina dipenjara bagi tempoh singkat walaupun melakukan jenayah sama.

“Jika orang Cina dan Melayu mencuri bersama-sama, mengikut apa yang mereka (PAS) cadangkan sekarang, tangan orang Melayu akan dipotong tapi orang Cina hanya masuk penjara selama dua bulan,” katanya di sesi dialog sempena pelancaran buku Apa Habaq Orang Muda di Kuala Lumpur hari ini.

Majlis itu disiarkan secara langsung melalui akaun Facebook Kelab Che Det.

Bekas perdana menteri itu menggunakan contoh berkenaan bagi menegaskan bahawa sesebuah undang-undang hanya benar-benar Islamik jika ia adil.

“Adakah itu (perbezaan hukuman) adil? Saya rasa anda tidak akan mengatakan ia adil.
http://ift.tt/1U6bkHH