Sunday, June 5, 2016

Umat Islam Di Malaysia Berpuasa Mulai Esok

KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini akan mula berpuasa esok.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkannya berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada Isnin, 6 Jun 2016, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini. – BERNAMA