KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) tidak menempatkan amil di semua pasar raya dan kawasan tumpuan tahun ini Keputusan itu bertujuan menggalakkan umat Islam membayar zakat di surau dan masjid, selain menjamin keselamatan amil yang terdedah kepada pelbagai risiko Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Shaikh Harun Ismail, berkata mesyuarat majlis memutuskan semua amil bertugas dan melaksanakan kutipan zakat mengikut kariah masjid dan surau “Walaupun MAIDAM mendapat permintaan daripada pemilik pasar raya yang mahu menyediakan lokasi bagi amil mengutip zakat, faktor keselamatan amil selepas bertugas turut diambil kira “Kita mengenal pasti kaedah terbaik menguruskan hasil kutipan zakat daripada umat Islam di pasar raya tahun depan,” katanya mengulas rungutan berikutan ketiadaan kaunter amil di pasar raya dan kawasan tumpuan orang ramai tahun ini Shaikh Harun berkata, antara kaedah dikenal pasti ialah memastikan pasar raya mempunyai kemudahan mesin deposit tunai (CDM) bagi membolehkan amil memasukkan hasil kutipan tanpa perlu ke pejabat untuk menyerahkannya Mengenai kutipan zakat, beliau berkata, jumlah kutipan zakat dari Januari hingga Jun tahun ini berjumlah RM53.4 juta, berbanding RM46.5 juta bagi tempoh sama tahun lalu |
Friday, July 1, 2016
Tiada kutipan zakat di pasar raya – YDP MAIDAM
Quote: