Friday, July 1, 2016

4 warga asing & seorang rakyat tempatan didakwa seludup 46 migran

Quote:

TELUK INTAN: Lima lelaki asing, termasuk seorang lelaki warga tempatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menyeludup 46 migran Indonesia

Warga tempatan, S. Krishna Rao, 27, bersama empat lagi warga Indonesia – Supratman, 35; Irwansyah Putra, 27; Jumardi, 24; dan Muhammad Rizky Pasaribu, 25, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani namun tiada pengakuan direkodkan

Mereka melakukan kesalahan itu di Kunci Air Bagan Lipas, dekat Bagan Datoh kira-kira 6 pagi, antara 7 dan 9 Jun lalu

Mereka dituduh mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan

Sabit kesalahan, kesemua tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali

Mahkamah menetapkan 14 Julai untuk sebutan semula kes sementara menunggu permohonan kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Ipoh

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Suffian Jaafar manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam