Saturday, July 2, 2016

Jurutera O&G diculik sebelum dibunuh kerana pikat kekasih orang

ANGGOTA forensik membuat siasatan di lokasi dipercayai tempat mangsa ditanam. FOTO ihsan PDRM

JOHOR BAHAU 2 Julai- Seorang jurutera sebuah syarikat cari gali minyak dibunuh kerana dikatakan cuba memikat seorang wanita yang sudah mempunyai teman lelaki.

Mayat mangsa ditemui ditanam di kawasan belukar di Km 25.9 Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura petang semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, mangsa Tan Chuen Take, 31, yang bekerja di Singapura sebelum itu dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Dato Chellam di sini sejak 26 Jun lalu yang dipercayai diculik sepasang kekasih.

Menurut beliau, pihak polis kemudiannya menahan pasangan berkenaan yang merupakan warga tempatan berusia 22 dan 32 tahun di sebuah rumah di Taman Indahpura, Kulai pagi semalam.

“Hasil siasatan dan dipandu arah oleh seorang suspek membawa polis kepada lokasi mangsa ditanam selepas dibunuh dan dilarikan pasangan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati motif penculikan dan pembunuhan adalah kerana perasaan dendam dan cemburu,” katanya.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, kedua-dua pasangan itu direman hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan untuk disiasat mengikut Seksyen 363 dan 302 kanun yang sama.- BERNAMA

– See more at: http://ift.tt/29dody2