PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan sedang mempertimbangkan pelbagai aspek mengenai suntikan vaksin secara percuma terutama kepada pendatang asing dan pelarian yang menetap di negara ini. Menteri, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata pendatang asing dan pelarian adalah antara punca yang menyebabkan peningkatan risiko penularan pelbagai penyakit kepada masyarakat tempatan di negara ini.
“Kita sedang bincangkan pelbagai perkara mengenai suntikan ini, namun hingga kini belum ada sebarang keputusan yang dibuat kerana ia perlu penelitian yang mendalam bagi menjamin kesihatan orang ramai.
“Keputusan ini hanya akan diumumkan selepas perbincangan holistik yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Teknikal Tinggi Kementerian Kesihatan dan ia akan menjadi hala tuju pelaksanaan kita nanti,” katanya di sini hari ini. Terdahulu, beliau yang juga Presiden MIC, menyampaikan cek dan sumbangan kepada badan bukan kerajaan (NGO), kuil serta penuntut di luar negara.
Selanjutnya di : http://ift.tt/29H94Eq
Quote:
|
Rakyat kena gst, naik minyak, naik tol… Eh.. Alih2 nak bg vaksin free kat pendatang. Nak naik kan apa pulak lepas ni? |
:)):eek: