ALOR SETAR: Seorang lelaki dibelasah orang awam kerana cuba melarikan sebuah kereta Honda Accord milik seorang peniaga di kawasan pasar raya berhampiran Pasar Besar Alor Setar, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 10.40 pagi, lelaki berusia 31 tahun itu dikatakan membuka pintu kenderaan menggunakan peralatan yang diubahsuai untuk menghidupkan enjin kereta terbabit.
Bagaimanapun, tindakan suspek disedari pemiliknya apabila mendapati kereta hilang di tempat letak kereta sebelum ternampak kenderaan terbabit dipandu suspek, tidak jauh dari situ.
Berikutan itu, orang awam dan peniaga yang terdengar jeritan mangsa berusia 23 tahun serta isterinya, turut membantu mengejar kereta yang dipandu lelaki itu sebelum terkandas dalam kesesakan.
Suspek yang cuba melarikan diri kemudian melanggar bahagian belakang kereta lain sebelum bertindak keluar, tetapi ditangkap dan dibelasah orang awam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan sepasukan anggotanya membuat tangkapan semula ke atas suspek berkenaan di lokasi kejadian.
Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau termasuk kes curi kenderaan di Subang Jaya, Selangor.
Selanjutnya di : http://ift.tt/29bgEtZ