Saturday, July 16, 2016

Lelaki emas mati dipukul

Quote:

New Delhi: Seorang lelaki, pemilik baju emas yang dibeli dengan harga RM75,000 hingga menyebabkan dia digelar ‘lelaki emas,’ dilapor mati selepas dipukul sekumpulan lelaki

Peminjam wang, Datta Phuje, 48, yang berasal dari Pune, barat India, dilapor diserang kelmarin oleh 12 orang yang bersenjatakan sabit dan batu

Anak Phuje yang berusia 22 tahun menyaksikan serangan itu. Dia bagaimana tidak diapa-apakan

Polis berkata, mereka menahan empat lelaki berkait dengan serangan itu

Kumpulan lelaki berkenaan dilapor mempelawa Phuje dan anaknya ke satu majlis menyambut ulang tahun kelahiran di daerah Dighi


Sumber