Friday, July 1, 2016

Pekebun getah perlu kerja sampingan

Quote:

JASIN: Pekebun kecil getah di negeri ini digalakkan melakukan aktiviti pertanian sampingan dengan menternak ayam kampung di kawasan pertanian mereka

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Abd Rahman, berkata langkah berkenaan adalah satu daripada usaha menjana pendapatan, terutama ketika keadaan ekonomi tidak menentu

Beliau berkata, satu pertemuan khas bersama 8,000 pekebun kecil getah negeri ini akan diadakan selepas Aidilfitri bagi memberi penerangan faedah jangka panjang terhadap kerja sampingan berkenaan, selain permintaan tinggi daging ayam kampung di pasaran

“Dalam satu kawasan kebun getah, pasti ada ruang yang membolehkan pekebun membina tempat ternakan ayam kampung dan ia perlu dimanfaatkan

“Modal permulaan dikeluarkan oleh pekebun sendiri dan sudah pasti pulangannya akan berganda apabila sampai masanya kelak,” katanya

Beliau ditemui selepas menyampaikan Bantuan Khas Akibat Kejatuhan Harga Getah 2016 peringkat negeri, di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai, di sini, hari ini

Pembayaran berjumlah RM4.02 juta itu diagihkan kepada 8,000 pekebun kecil getah yang terjejas akibat kejatuhan harga bahan komoditi terbabit

Pembayaran itu susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkaitan bantuan khas kepada 388,111 pekebun kecil di seluruh negara bagi meringankan beban mereka

Beliau berkata, bantuan secara one-off itu membabitkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM194 juta