WASHINGTON: Pesawat Delta Air dengan 130 penumpang mendarat di lapangan terbang yang salah di Dakota Selatan semalam, kata Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) yang menyiasat kejadian itu.
Jet A320 itu mendarat di Pangkalan Tentera Udara Ellsworth pada jam 8.42 malam waktu tempatan pada Khamis, sedangkan destinasi sebenarnya adalah di lapangan terbang di Rapid City, kata jurucakap lembaga itu, Peter Knudson.
Ellsworth terletak kira-kira 16 kilometer ke utara Lapangan Terbang Daerah Rapid City. Kedua-dua lapangan terbang itu mempunyai landasan yang ditujukan hampir sama dengan kompas, dari barat laut ke tenggara.
Pesawat itu berlepas dari Minneapolis.
Seorang penumpang berkata, beliau dan penumpang lain menunggu kira-kira dua setengah jam dalam pesawat di Ellsworth, dan diarahkan menurunkan pelindung tingkap ketika tentera memeriksa kabin dengan sekurang-kurangnya selaras senjata api dan anjing.
Itu bukan kali pertama juruterbang pesawat tersilap menyangka Pangkalan Tentera Udara itu adalah Lapangan Terbang Rapid City.
Pada tahun 2004, pesawat Northwest Airlines membawa 117 penumpang ke Rapid City, juga tersalah mendarat di Ellsworth.
Pesawat kekal berada di lapangan terbang lebih tiga jam untuk menjelaskan kepada pegawai keselamatan Tentera Udara punca tersalah mendarat sebelum kru baru dihantar untuk meneruskan semula penerbangan ke Rapid City. – AP
Selanjutnya di : http://ift.tt/29un84v