JOHOR BAHRU – Berpegang kepada prinsip bahawa orang awam tidak boleh meletakkan undang-undang di tangan sendiri, seorang wanita bertindak berani menghalang sekumpulan penduduk membelasah seorang penyamun yang diberkas di Taman Nesa Skudai di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah malam, S. Kogilavani, 36, (gambar) yang merupakan Pengerusi Persatuan Kepolisan Komuniti (CP) Nesa Skudai mengalami luka ringan pada kaki kiri akibat melindungi seorang suspek lelaki yang berusia 25 tahun itu.
“Bagi saya, dalam kes jenayah seperti ini biarlah pihak polis menguruskan tindakan yang tepat berdasarkan undang-undang negara.
“Kita tidak boleh mengambil tindakan sendiri dengan membelasah suspek,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Kogilavani berkata, suspek yang berasal dari Rawang, Selangor dipercayai melakukan jenayah pecah rumah berkumpulan bersama tiga rakannya yang masih bebas terhadap seorang wanita berusia 30-an dan memukul ibu mangsa yang berusia 50-an di kawasan kejiranan terbabit.
Artikel Penuh: http://ift.tt/29jQlPI