Friday, July 1, 2016

Dua maut bas langgar pembahagi jalan di Bukit Merah

Quote:

BAGAN SERAI: Dua penumpang maut selepas sebuah bas ekspres terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Kilometer (KM) 194.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Bukit Merah di sini, petang tadi

Daripada maklumat awal yang diperoleh, dalam nahas itu kira-kira jam 5.30 petang, seorang penumpang wanita maut di tempat kejadian akibat tersepit manakala seorang lagi meninggal dunia dalam perjalanan mendapatkan rawatan di sebuah klinik berhampiran

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan sedang menunggu maklumat lanjut mengenai kejadian itu

Ketika ini operasi menyelamat sedang dijalankan pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai dengan dibantu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting