Friday, July 1, 2016

Gajah terima kaki palsu kesembilan

Quote:

LAMPANG: Mosha, seekor gajah yang cedera akibat terpijak periuk api di sempadan Thailand-Myanmar 10 tahun lalu menerima kaki palsu kesembilan

Ketika ditimpa kejadian malang itu, Mosha baru berusia tujuh bulan dan haiwan itu dikejarkan ke pusat rawatan dikendalikan ‘Friends Of The Asian Elephant Foundation’ (Yayasan Rakan Gajah Asia) di wilayah ini, di utara Thailand

Dua tahun kemudian, pakar bedah yang merawatnya, Dr Therdchai Jivacate, 72, memberinya kaki palsu dan kehidupan baru

Oleh kerana usia dan saiz badan meningkat, Dr Therdchai menghasilkan kaki palsu baharu yang lebih kuat dan sesuai dengan gajah itu

“Cara ia berjalan tidak seimbang dan tulang belakangnya hampir bengkok. Mosha mungkin mati,” kata Therdchai, sebelum Mosha menerima kaki baharu itu

Selepas memakai anggota palsu, kini berat badan Mosha meningkat hingga 2,000 kilogram (kg), berbanding 600kg sebelum itu