KUANTAN: Kerja pembinaan dan penyelenggaraan di jalan persekutuan, negeri dan lebuh raya akan dihentikan mulai semalam hingga 13 Julai depan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata ia bagi memastikan kelancaran trafik sempena Aidilfitri berikutan peningkatan jumlah pengguna jalan raya untuk balik ke kampung Bagaimanapun, katanya, kerja-kerja kecemasan dan kritikal adalah dikecualikan “Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga menubuhkan pasukan peronda bagi memantau kemalangan dan sebarang kerosakan jalan selain memastikan kerja-kerja kecemasan dilakukan segera tanpa gangguan lalu lintas di jalan persekutuan,” katanya berucap merasmikan program ‘Coffee Break’ sempena Aidilfitri di Jalan MEC di sini, hari ini Fadillah berkata, pihaknya juga sudah mewartakan penurunan had laju sebanyak 10km/j bagi jalan persekutuan dan jalan negeri mulai 29 Jun hingga 13 Julai depan bagi mengurangkan kemalangan pada musim perayaan ini “Sehubungan itu, had laju bagi jalan persekutuan diturunkan kepada 80km/j manakala jalan negeri diturunkan kepada 70km/j,” katanya |
Friday, July 1, 2016
Kerja pembinaan, penyelenggaraan jalan dihentikan pada musim perayaan
Quote: