Monday, July 18, 2016

Video : Contohi Turki Pertahankan Sistem Demokrasi -Nurul Izzah

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menegaskan Malaysia perlu mencontohi negara Turki yang mempertahankan sistem demokrasi negara itu.

Beliau berkata demikian selepas menyatakan sokongan terhadap kerajaan Turki yang sah di kedutaan Turki di sini, hari ini.

“Saya fikir perkara yang perlu dilihat sebagai satu bentuk iktibar ialah apabila budaya di Turki itu benar-benar mempertahankan demokrasi.

“Dimana daripada golongan pembangkang, kerajaan termasuklah masyarakat madani sampai melimpah, berdemonstrasi memprotes bersama-sama untuk menegakkan kerajaan yang sah,”katanya.

Beliau berkata perkara itu perlu dipertahankan termasuklah di Malaysia dimana ia harus dilakukan dalam membina sistem demokrasi di negara sendiri.

“Kita mendesak agar pilihan raya yang bersih, adil dan tanpa rasuah di wujudkan di Malaysia,”ujarnya-SuaraTV