|
ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 10 pekerja Pakistan terbunuh dan lebih 50 yang lain cedera apabila sebuah kapal tangki minyak meletup ketika berlabuh di limbungan, kata pegawai kesatuan sekerja, hari ini Pemimpin kesatuan itu, Basheer Mehmoodani berkata letupan kuat menyebabkan kapal yang berlabuh di Gaddani, 45 kilometer ke barat laut bandar pelabuhan Karachi itu terbakar dan angka kematian dijangka meningkat “Keadaan sangat teruk di sini. Masih tidak diketahui berapa jumlah pekerja yang terperangkap di dalam kapal yang terbakar,” kata Mehmoodani kepada Reuters menerusi telefon Katanya, mereka berusaha menghubungi bomba tetapi ternyata keadaan sukar dikawal kerana api begitu besar Wakil Kesatuan Perdagangan Persekutuan Kebangsaan Pakistan, Nasir Mansoor berkata, letupan itu terlalu kuat hingga serpihan logam tercampak sejauh dua kilometer “Api masih marak dan tidak ada apa yang boleh dilakukan bomba melainkan menunggu hingga ia terpadam sendiri. Mereka tidak mempunyai kelengkapan khusus untuk memadamkannya,” kata Mansoor Selanjutnya di : http://ift.tt/2eXnB0Z |
Tuesday, November 1, 2016
10 pekerja Pakistan maut kapal tangki minyak meletup
Quote: