Tuesday, November 1, 2016

3,287 suami di Arab Saudi diarah bayar nafkah

Quote:

JEDDAH: Mahkamah Arab Saudi mengarahkan 3,287 suami membayar nafkah kepada isteri atau bekas isteri serta anak, berkuat kuasa 1 Oktober lalu atau dikenakan hukuman penjara atau denda tambahan jika gagal berbuat demikian

Menurut pekeliling yang dikeluarkan oleh Menteri Kehakiman, Waleed Al-Samaani kepada semua mahkamah pada September lalu, kegagalan membayar nafkah dianggap suatu bentuk keganasan terhadap kanak-kanak

Dalam kenyataan itu, beliau menekankan kepentingan mengambil tindakan undang-undang terhadap bapa yang sengaja tidak membayar nafkah dan melayan anak seperti pesalah, termasuk mendera mereka

Keputusan berkaitan tuntutan nafkah oleh mahkamah meningkat sebanyak 56 peratus tahun lalu, berbanding hanya 2,105 pada tahun sebelumnya

Statistik rasmi daripada Kementerian Kehakiman mendedahkan, Makkah mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,301 keputusan tuntutan nafkah, diikuti Riyadh (884) dan Wilayah Timur (452)

Sementara itu, Timbalan Menteri Kehakiman untuk Hal Ehwal Eksekutif, Affairs Hamad Al-Khodeeri, berkata mereka yang melanggar peraturan baharu itu, termasuk menyembunyikan wang atau pendapatan akan dipenjara sehingga tujuh tahun

Katanya, sesiapa yang bersubahat dengan defendan dengan niat untuk menangguh, menipu atau mengelak daripada mematuhi keputusan mahkamah, juga akan menghadapi hukuman penjara

Selanjutnya di : http://ift.tt/2eQMkGz