Quote:
|
Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga tempatan yang memiliki dadah ditahan selepas merempuh sebuah kereta ketika melarikan diri daripada polis di Taman Indah Perdana, di sini, petang tadi Dalam kejadian 2.30 petang itu, suspek bersama seorang lagi rakannya menaiki kereta jenis Proton Perdana itu dikatakan melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Jalan Ipoh, di sini Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy ketika mengesahkan kejadian itu berkata, suspek enggan memberhentikan kenderaan menyebabkan polis mengejar mereka sehingga ke Taman Indah Perdana, di sini “Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta suspek supaya mereka memberhentikan kenderaan “Sebaik kereta mereka merempuh kenderaan lain, salah seorang suspek sempat melarikan diri,” katanya Katanya, identiti suspek belum dikenal pasti dan siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan |