Wednesday, November 2, 2016

Wartawan dibunuh setiap 4.5 hari – UNESCO

Quote:

PARIS: Seorang wartawan dibunuh setiap empat hari setengah, menurut laporan mengejut Agensi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), hari ini

Laporan Ketua Pengarah UNESCO mendedahkan, sejak sedekad lalu, 827 wartawan terbunuh ketika bertugas

Menurut laporan Journalists and the Danger of Impunity, kawasan paling teruk terjejas adalah negara Arab termasuk Syria, Yaman dan Libya. Latin Amerika adalah benua kedua paling teruk terjejas

Tidak mengejutkan bila laporan dari 2006-2015 itu mendedahkan 59 peratus daripada kematian sejak dua tahun lalu berlaku di kawasan konflik

Sepanjang tempoh itu, 78 daripada 213 wartawan terbunuh (36.5 peratus) di negara Arab

Mungkin apa yang paling membimbangkan adalah peningkatan kematian wartawan di Eropah Barat dan Amerika Utara daripada tiada sejak 2014 kepada 11 orang pada tahun lalu

Wartawan tempatan dikatakan jauh lebih berisiko berbanding wartawan asing yang menyumbang 90 peratus daripada mangsa

Bagaimanapun, kenaikan yang besar dalam kematian wartawan luar pada 2014 kepada 17 orang berbanding purata empat orang pada tahun-tahun sebelumnya

Selanjutnya di : http://ift.tt/2eUFUWS