KUALA TERENGGANU: Seramai 1,852 pelajar Tingkatan Enam Atas di seluruh negeri ini akan menerima insentif tunai RM1,000 seorang, sebagai bantuan untuk persediaan sebelum menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi negeri, A Latiff Awang, berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM1.85 juta untuk tujuan itu Beliau berkata, bayaran insentif berkenaan akan mula diagihkan pada Khamis hingga Sabtu ini (3 hingga 5 November) pada majlis penyampaian insentif berkenaan yang sudah disusun di semua lapan daerah di seluruh negeri “Semua pelajar Tingkatan Enam Atas akan menduduki peperiksaan STPM bermula 7 hingga 10 November ini. Justeru, kita berharap wang tunai ini dapat digunakan oleh pelajar untuk perbelanjaan persiapan sebelum menempuh peperiksaan STPM nanti “Kita juga berharap pelajar lebih bermotivasi untuk menghadapi peperiksaan nanti “Kerajaan negeri juga menaruh harapan supaya pelajar dapat menunjukkan pencapaian dan keputusan yang terbaik, sekali gus melayakkan mereka menyambung pengajian ke peringkat seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini Selanjutnya di : http://ift.tt/2euFbss |
Tuesday, November 1, 2016
Terengganu peruntuk RM1.85 juta insentif pelajar STPM
Quote: